Wednesday, October 15, 2014

Coaching untuk MUET 2 - Speaking

Star Q
Tugas Coaching & Mentoring bukan hanya berdasarkan kepada apa yang sudah tersenarai dalam perancangan kita.  Namun pada masa-masa tertentu kita terpaksa menangguhkan lawatan bimbingan yang telah dijadualkan untuk memberi perhatian kepada yang lebih memerlukan khususnya bila bantuan kita diminta secara peribadi.


Begitulah keadaannya bila SISC+ Bahasa Inggeris diminta untuk bersama mengendalikan mock exam untuk MUET 2.  En. Mohd Hisyam bin Mustafa dari SMK Tuanku Abdul Rahman yang baharu sahaja diberikan amanah menggalas tugas mengajar pelajar pra-universiti telah meminta bantuan tentang cara-cara mengendalikan ujian MUET Speaking mengikut format sebenar.


No comments:

Post a Comment