Sunday, October 19, 2014

Sebutir Bintang

Star Q


Sekali-sekala kita akan terjumpa se butir bintang dalam se banyak-banyak bintang yang terdapat di angkasa.  Begitulah mithalan yang dapat digambarkan bagi Cik Carmen Looi dari SMK Gemas, Negeri Sembilan yang merupakan seorang guru dibawah projek Teachers for Malaysia.

Selain daripada kawalan kelas yang baik (hampir semua pelajar kelas tersebut merupakan pelajar ekstrovert dan sangat hyper-aktif) beliau juga mampu mendapatkan semua pelajar beliau melakukan aktiviti-aktiviti yang diberikan.  Beliau menggunakan Guided Writing dengan teknik Parallel Writing (walaupun beliau sendiri tidak tahu istilahnya) dan banyak menggunakan scaffolding untuk pelajar yang memerlukan lebih bimbingan.

Cik Carmen Looi juga banyak mengambil inisiatif sendiri untuk menggalakkan semua pelajarnya membuat dan menyiapkan kerja yang diberikan termasuklah memberi hadiah.  Teknik memberi kupon kepada para pelajar yang rajin (dan betul menjawab) mampu menarik perhatian pelajar.

Antara hadiah besar yang telah beliau beri merupakan sebuah MP4.  Satu lagi hadiah yang akan diberi kepada pelajar paling bertuah merupakan penginapan di sebuah hotel lima bintang dengan makan malam di hotel tersebut.  Sama-sama kita tunggu perkembangan terkini tentang ganjaran besar ini!  Apa yang pasti, pelajar yang bakal memenangi hadiah utama itu tentunya seorang pelajar perempuan!

No comments:

Post a Comment