Friday, November 21, 2014

Konvensyen SISC+ dan SIP Zon Semenanjung

Star Q



Buat julungkalinya, konvensyen ini telah diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Walaupun kumpulan rintis SISC+ dan SIP telah lebih setahun dilantik di Sabah dan Kedah, namun inilah kali pertama konvensyen seperti ini diadakan disini.

Konvensyen yang berlangsung di Hotel Orkid, Melaka dari 18hb November 2014 hingga 20hb November 2014 ini telah mengumpulkan sebilangan besar SISC+ dan SIP dari semua negeri di semenanjung Malaysia untuk berkongsi amalan terbaik dengan beberapa SISC+ dan SIP dari beberapa buah negeri.    Konvensyen ini adalah susulan daripada konvensyen yang diadakan di Malaysia Timur gabungan negeri Sabah dan Sarawak.

Selain daripada perkongsian amalan terbaik, turut diadakan sempena konvensyen tersebut adalah sebuah pameran yang memberi peluang kepada semua peserta melihat dan meminjam idea dari rakan-rakan di negeri lain tentang perkembangan mereka di sana.

Untuk menambahbaik lagi konvensyen yang akan datang sekiranya diadakan lagi, atas cadangan peserta konvensyen sendiri, ada baiknya sekiranya konvensyen seperti ini diadakan mengikut zon negeri-negeri seperti zon tengah, zon selatan, zon utara dan zon timur untuk membolehkan kesemua SISC+ dan SIP yang telah dilantik dapat turut hadir.




No comments:

Post a Comment