Saturday, November 29, 2014

Mesyuarat KBAT Anjuran LPM

Star Q


Kami ke luar kawasan lagi!  Kali ini ke Hotel New York di Johor Bharu untuk menghadiri Mesyuarat Penjaminan Kualiti dan Pementoran  Pentaksiran KBAT Bagi SISC+ anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mesyuarat yang telah berlangsung selama dua hari dari 26hb November 2014 hingga 27hb November 2014 telah mengumpulkan kesemua SISC+ dari negeri-negeri di zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ada tiga slot utama dalam mesyuarat tersebut.  Namun slot yang dinanti-nantikan adalah slot di mana SISC+ berpeluang berinteraksi dengan penceramah tentang pembinaan soalan-soalan KBAT mengikut subjek masing-masing.  Pun begitu masa dua jam yang diperuntukkan (satu jam untuk mukadimah) terlalu singkat untuk menghasilkan set soalan yang mencukupi untuk kami bawa pulang sebagai panduan.

No comments:

Post a Comment