Wednesday, December 10, 2014

Mesyuarat Penyediaan Pelan Tindakan Pelaksanaan Model Differentiated T&L 2015

Star Q


Rakan-rakan SISC+ Bahasa Inggeris seramai lima orang dari seluruh Negeri Sembilan telah berpeluang berkumpul semula dalam sesi mesyuarat yang telah dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Mesyuarat Penyediaan Pelan Tindakan Pelaksanaan Model Differentiated Teaching and Learning Tahun 2015 yang diadakan pada 8hb Disember 2014 di SK Rahang, sepatutnya dihadiri oleh enam orang SISC+ kesemuanya.  Namun salah seorang daripada kami, iaitu Pn. Shafinaz Adam dari PPD Rembau tidak dapat bersama kami kerana bercuti bersama keluarga ke luar negara.

Mesyuarat tersebut telah didahului dengan sesi sarapan pagi bersama secara santai.  SISC+ BI telah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang diri masing-masing.  Mesyuarat yang dihadiri telah menyaksikan kesemua SISC+ mengagih-agihkan modul Differented Learning untuk digunakan dalam kursus yang akan dianjurkan tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment