Sunday, May 17, 2015

School Support for Hotspot Schools

Star Q


Tahun ini ELTC (English Language Teaching Centre) sekali lagi mengadakan siri kursusnya untuk membangunkan Bahasa Inggeris dan memberi beberapa tunjuk-ajar kepada guru tentang teknik dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris yang lebih berkesan kepada pelajar.

Kursus kali ini diadakan khusus bagi menangani masalah kelemahan pelajar dalam menulis esei Bahasa Inggeris khususnya untuk pelajar tingakatan empat 2015.  Kursus ini lebih penting lagi kerana para pelajar inilah yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan yang memerlukan mereka wajib lulus kertas Bahasa Inggeris untuk lulus peperiksaan tersebut.

Kursus yang bermula dari 5hb Mei 2015 hingga 7hb Mei 2015 telah diadakan di Pusat Latihan Guru dan Perkhidmatan, Bandar Tenggara, Johor.  ELTC yang sudah sinonim dengan mengadakan kursus dilokasi yang memuaskan hati peserta, telah agak mengecewakan kali ini dengan memilih tempat ini.

Beberapa orang peserta kursus telah mengalami sakit perut kerana penyediaan makanan yang tidak terurus khusnsnya dengan adanya lalat yang banyak.  Ada di antara peserta kursus terpaksa makan di luar untuk mengelakkan sakit perut mereka berlarutan.

Semoga pihak pengurusan dan urusetia kursus lebih peka tentang ini, termasuk juga beberapa perkara lain yang telah diutarakan semasa penutup kursus.

No comments:

Post a Comment