Monday, June 29, 2015

Lawatan Audit oleh JPNS

Star Q


Setelah berminggu-minggu menanti, akhirnya pasukan lawatan audit dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akhirnya datang ke Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

Lawatan sebelah pagi 30hb Jun 2015, telah diketuai oleh Encik Moskaya bin Kamar dari Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.  Beliau dan rombongan beliau telah mengagihkan tugas untuk menyemak dokumen bagi unit-unit tertentu di Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

Encik Moskaya sendiri telah bertindak untuk menyemak semua dokumen yang berkaitan dengan SISC+, antaranya Fail Lawatan Bimbingan, Borang Matriks Bimbingan, Buku Log Lawatan SISC+ serta Laporan Mingguan SISC+ dan SIP kepada Ketua Pejabat Pendidikan Daerah.

Alhamdulillah, beliau puas hati dengan dokumentasi yang telah dilengkapkan oleh warga SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

No comments:

Post a Comment