Thursday, October 29, 2015

Bengkel Refleksi : Coaching and Mentoring

Star Q


Hari ini, 26hb Oktober 2015, bertempat di A-Famosa Melaka, telah berlangsung Bengkel Refleksi Pembangunan Profesional Berterusan dengan Tajuk - Coaching and Mentoring bagi Kohort 1/2015, yang merupakan sesi pembentangan laporan.

Laporan ini dibentangkan oleh para peserta kursus Coaching and Mentoring yang telah dihadiri di Institut /Aminuddin Baki cawangan Nilai beberapa bulan yang lalu.  Pembentangan ini dilakukan oleh peserta dalam kalangan para Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan juga Guru Kanan Mata Pelajaran.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, Pn Heng Jee Soon, empat orang SISC+ termasuk Pn Yuslina bt Othman, Pn Hjh Norizah, Pn Wan Napisah dan Pn Mastura.


No comments:

Post a Comment