Wednesday, November 4, 2015

Bengkel Kajisemula 2015

 Star Q


Pada 5hb November 2015, satu bengkel bertajuk Bengkel Kajisemula (2015) dan Perancangan Pengurusan Pelaksanaan KBAT di sekolah 2016, telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, dari jam 5.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Guru-guru Penolong Kanan dari sekolah-sekolah rendah di daerah Tampin dengan berfokus kepada elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran, khusus kerana mereka adalah pentadbir sekolah yang turut membimbing guru-guru mereka di sekolah.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Heng Jee Soon, SIP+ PPD Tampin, dengan dibantu oleh kesemua SISC+.

No comments:

Post a Comment