Monday, November 30, 2015

Kursus CPD SISC+ 2015

Star Q


Sudah agak lama kursus yang menggabungkan SISC+ dari beberapa buah negeri tidak diadakan.  Namun setelah sekian lama menunggu, ruang itu muncul untuk kami bertemu semula untuk menjalinkan silatulrahim selain daripada bertukar-tukar pengalaman masing-masing.

Pertemuan dengan rakan-rakan lama dalam kursus yang telah diadakan di Hotel New York, Johor Bharu, memang sesuatu yang dinanti-nantikan.  Selama empat hari, bermula dari 23hb November 2015 hingga 26hb November 2015, kami telah banyak berkongsi pengalaman yang telah kami lalui di negeri dan daerah masing-masing.

Kursus Continuous Professional Development untuk SISC+ ini telah menggabungkan SISC+ dari tiga buah negeri di zon selatan, iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.  


No comments:

Post a Comment