Monday, June 6, 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Star Q

Sejak menyertai Pejabat Pendidikan Daerah Tampin sebagai SISC+ pada tahun 2014, ini merupakan kali ketiga penulis terlibat dalam menganjurkan majlis ini.
Pada tahun 2015, majlis Anugerah Perkhidkatan Cemerlang telah diadakan di Dewan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan yang terletak di Gemenceh.  Pada tahun berikutnya, ia telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Tampin di Tampin.  Dan pada tahun ini, majlis ini telah dibawa ke Gemas, bertempat di Dewan Al-Ghazali SMK Tuanku Abdul Rahman.

Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang, 26hb April 2016 itu, telah bermula satu jam lewat kerana menantikan tetamu kehormat iaitu YB Dato' Abdul Razak bin Ab Said, ADUN Gemas.  Tapi syukur Alhamdulillah, majlis yang bermula lewat mampu diselesaikan mengikut jadual.

No comments:

Post a Comment