Monday, June 6, 2016

Majlis Perpisahan

Star Q


Rasa teruja hendak menulis tentang majlis ini walaupun penulis sendiri tidak dapat hadir pada majlis tersebut disebabkan keadaan sakit yang langsung tidak mengizinkan penulis bergerak.
 
Penulis teruja merakamkan majlis persaraan Guru Besar SK Gemas iaitu Pn Hjh Zaharah bt Sarbini, bukan kerana beliau sekeluarga pernah menjadi jiran se taman sebelum ini, tetapi ianya lebih kepada sikap beliau serta suami beliau tentang pendidikan anak-anak.

Penulis hanya berkesempatan menjadi guru kepada anakanda kedua beliau.  Satu perkara yang mengkagumkan penulis ialah bila anakanda beliau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pepepriksaan Malaysia (sudah agak lama hingga tidak teringat bila tahunnya!) 

Beliau dan suami, Tn Hj Zainal telah datang ke sekolah dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar anakanda mereka, termasuk penulis sendiri.

Semoga Pn Hjh Zaharah menghadapi hari-hari persaraan dengan penuh ketenangan, berbekal rahmat dan hidayat dariNya.

No comments:

Post a Comment