Friday, September 23, 2016

Kursus CPD SISC+

Star Q



Penulis selalunya melihat kursus yang diadakan khusus buat SISC+ ini sebagai salah satu atau mungkin satu-satunya peluang bagi kami untuk bertemu dalam satu kumpulan yang besar.  Sayang sekali sejak awak 2016, peluang seperti ini semakin jarang diperolehi.

Namun, bila sekali-sekala peluang itu tiba, kami tidak pernah melepaskan peluang untuk berkumpul dan mengambil kesempatan untuk mengetahui apa yang terkini tentang diri kami.  Kursus CPD (Continuous Professional Development) SISC+ yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah ini adalah salah satu contoh peluang itu.

Kursus yang bermula jam 8.00 pagi pada 18hb Ogos 2016 yang lalu, telah membawa banyak cerita gembira dan tidak kurang juga yang sedih.  Rakan penulis, Puan Ika Zubaidah, SISC+ PPD Seremban akan melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat Phd.  Sementara seorang lagi rakan SISC+ Bahasa Inggeris Menengah dari PPD Rembau, Pn Shafinaz, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters.  

Penulis tidak rasa sesuai berita sedih juga turut dikongsi di sini.  Kami semua terkesan dengan pengalaman rakan kami, namun kami tetap mendoakan yang terbaik buat beliau.

No comments:

Post a Comment