Sunday, April 16, 2017

Kursus Kemahiran Manipulatif


Pada 12hb April 2017, tenaga pengajar tingkatan 6 SMK Tuanku Abdul Rahman telah mengadakan Kursus Kemahiran Manipulatif mereka untuk sesi yang ketiga.  Kursus ini telah mereka hadiri sementara para pelajar tingkatan 6 menghadiri kursus MUET.

Kursus yang telah diadakan di Kolej Komuniti Segamat 2 ini, pada pandangan penulis, telah mencapai kejayaan dan objektif yang dihasratkan memandangkan ada di antara tenaga pengajar tersebut telah pun mengamalkan ilmu dan berjaya menghasilkan Tart Keju, Hokkaido Cupcakes dan Brownies yang dipelajari di rumah masing-masing.

Penulis juga berpandangan bahawa kursus pendek yang menjurus kepada minat dan tidak semestinya sentiasa tertumpu kepada akademik, sedikit sebanyak dapat meleraikan sebarang rasa tekanan yang dirasakan se waktu bekerja.

Tahniah kepada Pn Marshida bt Abdul Rahman selaku penganjur kursus, juga kepada Pn Norasyikin bt Mohd Aris selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Tuanku Abdul Rahman kerana telah berjaya mengadakan kursus dan memberi peluang kepada penulis untuk turut serta. 😋😃




No comments:

Post a Comment