Sunday, April 16, 2017

Perjumpaan TS25


Bermula tahun 2016 program Sekolah Transformasi telah dilaksanakan.  Bagi daerah Tampin, untuk tahun lepas, SK Bukit Jalor telah diberi penghormatan untuk menjadi sekolah transformasi pertama di daerah ini.

Untuk tahun ini, sebuah sekolah menengah telah dipilih untuk menjadi sekolah transformasi.  Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas telah dipilih untuk program ini.  Lima sesi kursus untuk lima modul bakal dihadiri oleh Pengetua dan GPK1 sekolah tersebut disertai oleh SIP+ dan seorang SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

Perjumpaan pada 4hb April 2017 ini telah diadakan sebagai lanjutan kepada kursus sesi pertama yang telah dihadiri oleh penggerak TS25 di Bandar Tenggara, Johor

No comments:

Post a Comment