Monday, May 15, 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017


Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 46 / 2017 telah diadakan di Johor Darul Ta'zim.  Sambutan tahun ini yang telah dijalankan mulai 20hb April 2017 lagi mencapai kemuncaknya pada 16hb Mei 2017 dengan temanya Guru Pembina Negara Bangsa.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.  Delegasi dari Tampin telah diketuai sendiri oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Tn Hj Hamzah bin Abu.  Lain-lain dalam delegasi itu termasuklah SIP+ PPD Tampin Pn Heng Jee Soon, Tn Pengetua SMK Dato Mohd Taha dan Guru Besar SK Dato Sulaiman.


No comments:

Post a Comment