Thursday, June 22, 2017

Pasukan Pelaksana Std 4 di SMK Pasir Besar




Ini merupakan kali ketujuh sesi PLC diadakan oleh SIP+ dan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin atas jemputan pengetua sekolah berkenaan.  Untuk kali ini kami telah dijemput oleh pengetua SMK Pasir Besar, Gemas,

Seramai tiga orang guru telah dilihat pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mereka di dalam kelas diikuti dengan perbincangan tentang ketepatan PdPc tersebut selaras dengan Standarad 4 dalam SKPMg2.  Seperti biasa kumpulan PPS4 dari PPD Tampin ini diketuai oleh SIP+ Pn Heng Jee Soon disertai oleh tiga orang SISC+ iaitu En Rozy bin Ramli, Pn Yuslina bt Othman dan En Mohd Yusof bin Bujai.

Diharapkan kesemua tenaga pengajar di sekolah tersebut telah mendapat menafaat daripada lawatan bimbingan yang telah dijalankan.


Thursday, June 15, 2017

Lawatan Bimbingan oleh ELTC



Program School Support for Writing yang dikendalikan oleh English Language Teaching Centre atau ELTC kini sudah masuk tahun ketiga pelaksanaannya.  Tahun lepas sendiri semasa diadakan simposium untuk program ini, banyak sekolah telah menyatakan hasil yang memberangsangkan merujuk kepada keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris sekolah mereka.

Iftar Bersama MB


Pada 6hb Jun 2017, satu majlis berbuka puasa bersama YB Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan.  Seramai 10 orang warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah dijemput ke majlis tersebut.  Pn Mastura Kamaruddin telah mewakili rakan-rakan SISC+ ke majlis itu,


Thursday, June 8, 2017

Kongsi Ilmu Kelas Kecemerlangan


Tugas seorang yang bernama guru memang tidak pernah akan selesai.  Apatah lagi bagi guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan, masa luang mereka sangat terhad dengan segala macam aktiviti untuk membimbing pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Tuesday, June 6, 2017

PLC PPSS - SMK Tunku Syed Idrus




Kali ini Pasukan Pelaksana SKPMg2 Standard 4 Pejabat Pendidikan Daerah Tampin bergerak ke SMK Tunku Syed Idrus dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan amalan terbaik para guru dalam PdPc mereka.