Thursday, June 15, 2017

Lawatan Bimbingan oleh ELTC



Program School Support for Writing yang dikendalikan oleh English Language Teaching Centre atau ELTC kini sudah masuk tahun ketiga pelaksanaannya.  Tahun lepas sendiri semasa diadakan simposium untuk program ini, banyak sekolah telah menyatakan hasil yang memberangsangkan merujuk kepada keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris sekolah mereka.

Tahun lepas SMK Bukit Rokan telah dipilih untuk menerima bimbingan khusus dari pensyarah ELTC.  Tahun ini, tibalah pula giliran SMK Jelai (F).  Guru yang telah dipilih untuk mengendalikan program ini diperingkat sekolah tersebut ialah Pn Karamjit Kaur.

Pensyarah ELTC yang telah datang ke SMK Jelai (f) pada 15hb Jun 2017 untuk membimbing ialah Dr Affikah yang telah turut mengambil beberap keping gambar item analysis dan progress chart yang telah penulis buat untuk sebuah kelas di SMK Pasir Besar berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016 Tingkatan 4.  Ini telah dilakukan untuk memudahkan kerja guru yang mengajar kelas tersebut di tingkatan 5 pada tahun ini.

Semoga usaha yang sedikit itu memberi munafaat kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut apabila dilaksanakan oleh guru yang berkenaan.



No comments:

Post a Comment