Thursday, June 22, 2017

Pasukan Pelaksana Std 4 di SMK Pasir Besar




Ini merupakan kali ketujuh sesi PLC diadakan oleh SIP+ dan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin atas jemputan pengetua sekolah berkenaan.  Untuk kali ini kami telah dijemput oleh pengetua SMK Pasir Besar, Gemas,

Seramai tiga orang guru telah dilihat pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mereka di dalam kelas diikuti dengan perbincangan tentang ketepatan PdPc tersebut selaras dengan Standarad 4 dalam SKPMg2.  Seperti biasa kumpulan PPS4 dari PPD Tampin ini diketuai oleh SIP+ Pn Heng Jee Soon disertai oleh tiga orang SISC+ iaitu En Rozy bin Ramli, Pn Yuslina bt Othman dan En Mohd Yusof bin Bujai.

Diharapkan kesemua tenaga pengajar di sekolah tersebut telah mendapat menafaat daripada lawatan bimbingan yang telah dijalankan.


No comments:

Post a Comment