Wednesday, July 12, 2017

Sambutan Hari Guru PPD Tampin 2017




Saban tahun pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat daerah.  Sejak penulis mula menyertai organisasi ini, sambutan telah diadakan di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin (2015) dan Dewan Polis Tampin (2016).

Tahun ini sambutan telah diadakan di Arena Tampin berhampiran Stadium Tampin.  Sambutan yang telah dilangsungkan pada 11hb Julai bersamaan hari Selasa, telah disertai oleh semua guru di daerah Tampin.  

Seperti tahun 2015, tahun ini hidangan hari raya diadakan seperti konsep gerai.  Sekolah-sekolah dalam daerah Tampin telah dijemput untuk mengendalikan gerai-gerai yang telah disediakan dengan menghidangkan makanan mengikut pilihan mereka sendiri.

SMK Dato Mohd Taha, Gemencheh, telah memenangi geleran Gerai Terbaik.  Antara hidangan yang telah disediakan termasuklah Rendang oleh SMK Jelai Felda dan lemang oleh SMK Tuanku Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment