Wednesday, July 12, 2017

Tahniah Encik Ismail


Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Ismail bin Sabtu, Penyelia Sukan di Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Dr Sulaiman, Tampin.

Satu majlis perpisahan telah diadakan di cafeteria PPD Tampin pada Jumaat, 7hb Julai 2017.  Sayangnya tidak seorang pun rakan SISC+ yang dapat hadir pada majlis tersebut kerana terpaksa menghadiri bengkel yang diadakan oleh pihak jabatan pada hari dan masa yang sama.

Boleh dilihat dalam gambar kedua di mana meja kosong itulah di mana rakan-rakan SISC+ biasanya duduk sekiranya diadakan sebarang majlis di cafeteria tersebut. 😉


No comments:

Post a Comment