Sunday, September 17, 2017

Sesi Profesionalisme PPD Showcase




Setelah hampir empat tahun memegang jawatan School Improvement Specialist Coach atau SISC+ ini, penulis telah melalui berbagai pertukaran dalam skop tugas dan senarai sekolah fokus serta guru yang dibimbing.

Baru-baru ini sekali lagi perubahan yang agak drastik telah berlaku di mana SISC+ tidak lagi hanya membimbing guru mengikut kepakaran subjek SISC+, malah boleh juga membimbing guru di luar subjek keparan kami.  Untuk ini SISC+ akan hanya melihat dari aspek pedagogi.

Seperti yang dinyatakan di atas, sekolah fokus juga turut berubah. Dalam beberapa sesi profesionalisme yang telah diatur, sesi yang pertama telah diadakan di SMK Bukit Rokan pada 6hb September 2017.


No comments:

Post a Comment