Tuesday, November 28, 2017

Neuro Linguistic Programming dalam Bimbingan




 

Setelah merancang beberapa aktiviti dengan beberapa buah agensi dan menemui jawapan yang tidak memberangsangkan, maka akhirnya terhasillah sesi perbengkelan ini yang diharap dapat membantu kami dalam sesi bimbingan bermula tahun 2018.


Bengkel yang turut menjemput semua warga SISC+ dan SIP+ seluruh Negeri Sembilan telah diadakan pada 8hb November 2017 bertempat di Pusat Kecemerlangan Darul Falah, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Perceramah jemputan adalah Cr. Jasmi Bahrim dari One Nur Consultants Training Centre, yang merupakan seorang Coach dan Trainer NLP yang berdaftar, serta mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini.

Seperti kebiasaan bengkel atau kursus lain yang dihadiri oleh semua warga SISC+ dan SIP+ seluruh Negeri Sembilan, program ini juga memberi peluang untuk kami berkumpul semula setelah lama tidak bertemu.





No comments:

Post a Comment