Sunday, December 3, 2017

CPD : Bengkel Aplikasi Perkakasan Teknologi dalam PdPc



Rasa sangat terharu bila rakan-rakan SISC+ dari daerah lain tidak melupakan kami bila mereka ingin berkongsi ilmu.  Dalam hal ini, setinggi penghargaan harus dipanjangkan kepada rakan-rakan dari Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.

Pada 21hb November 2017, bertempat di Balai Biduanda, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, telah dijalankan bengkel Aplikasi Perkakasan Teknologi dalam PdPc.  Yang menariknya tentang bengkel ini ialah konsep tiga penjuru yang dijalinkan dalam program ini.  Tiga penjuru yang dimaksudkan ialah pertama, tuan rumahnya ialah Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.  Kedua, yang dijemput ialah dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan ketiga, tenaga pengajarnya dari pejabat Pendidikan Daerah Jempol/Jelebu.

Sebenarnya bukan itu sahaja yang menarik tentang bengkel ini.  Seperti biasa daya penarik lain ialah peluang untuk bertemu dan berkumpul semula dengan rakan-rakan SISC+ dari daerah lain dalam suasana yang santai.  Juga tidak ketinggalan daya penarik utama, iaitu juadah yang dihidangkan untuk kami.  Bermula dengan sarapan pagi, kami dihidangkan dengan Laksam.  Diikuti untuk makan tengahari hidangan utamanya Sambal Tempoyak Daun Kayu!

Sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada warga SISC+ dan SIP+ PPD Rembau atas undangan tuan-tuan.

Laksa lemak jadi hidangan
Lapar rasanya, lama menanti
Bau makanan lekat di tangan
Budi tuan lekat di hati



No comments:

Post a Comment