Saturday, December 2, 2017

Jamuan Akhir Tahun SISC+ dan SIP+ PPD Tampin




Sebenarnya bukanlah jamuan akhir tahun sangat.  Tetapi sebagai satu cara kami memberi ganjaran (rewards) pada diri sendiri.  Sedangkan dalam bilik darjah Abad 21 pun ganjaran diberi kepada yang berjaya, ini kan pulak dalam situasi kami.

Justeru itu, pada 20hb November 2017 pada jam 12.30 tengahari kami bertujuh telah ke A Famosa Resort, Melaka untuk makan tengahari sebagai ganjaran dan penghargaan pada diri sendiri.  Bunyinya mungkin agak aneh, tetapi memandangkan tiada pihak yang ingin memberi ganjaran kepada kami, maka kami usahakanlah sendiri dari biaya kami sendiri.

Apa pun, walaupun makan tengahari pada hari itu memang istimewa, tapi rasanya, jalinan kerjasama antara kami lebih istimewa lagi.  Apa tah lagi, tahun hadapan dua daripada kami akan bersara dan diikuti oleh seorang lagi pada tahun berikutnya.

Kalau tak masak mengguna dandang
Guna belanga tembikar dipilin
Enak sungguh juadah terhidang
Indah lagi ukhwah terjalin



No comments:

Post a Comment