Monday, December 4, 2017

Lantikan Rasmi sebagai SISC+




Setelah hampir empat tahun menanti untuk dilantik secara rasmi sebagai pegawai SISC+, maka akhirnya tibalah tarikh dan masa yang dinanti-natikan oleh semua SISC+ amnya dan SISC+ Negeri Sembilan khususnya.

Bertempat di Jabatan Pelajaran Negeri Semilan pada 27hb Oktober 2017, rakan-rakan SISC+ dari PPD Tampin serta dari PPD lain, telah berkumpul untuk diserahkan watikah lantikan mereka oleh Tuan Pengarah JPNS sendiri.

Daripada enam orang SISC+ di PPD Tampin, lima daripadanya kini rasmi dilantik.  Mereka adalah Pn Yuslina bt Othman, Pn Mastura bt Kamarudin, Pn Hjh Norizah bt Alias, Pn Wan Napisah bt Wan Ahmad dan En Yusof bin Bujai.   

Luruh dahan dek lebatnya buah
Dalam dupa rerama bersarang
Sungguh tuan amatlah bertuah
Jangan dilupa kami yang seorang

No comments:

Post a Comment