Saturday, December 13, 2014

Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat SMKTAR

Star Q



Pada 13hb Disember 2014, bermula jam 12.00 tengahari, penulis telah dijemput ke Majlis doa selamat dan solat hajat yang diadakan oleh warga SMK Tuanku Abdul Rahman yang bakal pergi menunaikan umrah pada 14hb Disember 2014.

Program Jom Umrah yang diketua oleh Tuan Pengetua SMKTAR sendiri telah dirancang dengan teliti sejak dari awal tahun lagi dengan para peserta dalam program ini menyimpan secara bulanan sehingga jumlah yang diperlukan mencukupi.

Majlis bacaan Yassin dan solat Zohor telah diketua oleh Ustaz Mohd Radhi, suami kepada Ketua Bidang Kemanusiaan SMKTAR, Pn Hjh Mazliani Yusof.  Sementara solat hajat telah diimamkan oleh YDP PIBG SMKTAR, Tn Hjh Najamuddin sendiri.

Antara yang turut serta mengerjakan umrah kali ini ialah bekas GPK1 SMKTAR, En Affendi Mohd Noor yang baru dilantik sebagai Pengetua SMK Bukit Jalor, serta isteri dan anak bongsu beliau.

Penulis mendoakan perjalanan yang selamat pergi dan balik buat semua yang pergi mengerjakan umrah kali ini; semoga mendapat umrah yang mabrur.

No comments:

Post a Comment