Thursday, August 3, 2017

Bengkel 'The Art of Writing"




Sudah agak lama penulis tidak mengadakan bengkel untuk pelajar.  Banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum satu-satu jemputan untuk mengadakan bengkel untuk pelajar dijalankan, khususnya dari kesesuaian bahan dengan tahap kebolehan pelajar.  

Bahan yang dibentangkan kepada pelajar hendaklah bahan yang segar; maksudnya lain daripada apa yang pernah disampaikan oleh guru-guru mereka sendiri.  Ianya juga harus boleh memacu kebolehan pelajar itu sendiri; dalam konteks ini kemahiran menulis esei para pelajar.

Pada 28hb Julai 2017, penulis telah dijemput oleh Panitia Bahasa Inggeris SMK Tuanku Abdul Rahman untuk mengendalikan bengkel 'The Art of Writing'.  Bengkel yang berlangsung dari jam 8.30 hingga 12.30 tengahari itu telah cuba memberi seberapa banyak idea bagi pelajar menghasilkan esei yang tepat mengikut tajuk yang mereka pilih.

Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Tuanku Abdul Rahman, Pn Debra Angking, atas jemputan tersebut.  Juga terima kasih kepada Pn Siti Ruzana Abd Nasir kerana turut membantu dalam program tersebut.






No comments:

Post a Comment