Monday, April 17, 2017

Keputusan STPM 2016


Walaupun entri ini agak terlewat, namun ia harus diuar-uarkan juga kerana keputusan STPM SMK Tuanku Abdul Rahman untuk tahun 2016 merupakan antara keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh pelajar-pelajar mereka.

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pengajar tingkatan 6 SMK Tuanku Abdul Rahman atas usaha dan dedikasi mereka mendidik para pelajar tingkatan 6 tersebut.  Para pelajar itu sendiri harus diberi kredit kerana telah berjaya membuahkan hasil yang sangat cemerlang usai satu tahun setengah belajar di tingkatan enam.

Tidak dapat dinafikan bahawa antara faktor penyumbang kepada kejayaan ini adalah keakraban hubungan antara tenaga penagajar dan para pelajar bagaikan ibu-ayah dan anak-anak, disamping keraian-keraian kecil seperti sambutan hari lahir dan sambutan perayaan yang diadakan, telah dapat merapatkan hubungan mereka.

Sebagai bekas tenaga pengajar tingaktan enam di situ, penulis tumpang merasa bangga atas kejayaan yang telah dicapai.  Tahniah semuanya!


No comments:

Post a Comment