Sunday, May 7, 2017

PLC PPSS - SMK Bukit Rokan




Ini merupakan jerayawara yang kedua dalam program PLC Pasukan Pelaksana SKPMg2 Standard 4 yang dikelolakan bersama oleh SIP+ dan SISC+ (Menengah) Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

Untuk sesi kedua ini, pasukan ini telah melakukan lawatan bimbingan ke SMK Bukit Rokan pada 3hb Mei 2017.  Kelas-kelas yang telah sempat dilawati semasa pengajaran dan pembelajaran termasuklah kelas Sejarah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sesi petang program ini telah mengumpulkan semua guru sekolah tersebut bersama SIP+ dan SISC+ untuk berkongsi idea tentang hasil dapatan dari lawatan ke kelas-kelas yang disebutkan tadi dan bagaimana meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan SKPMg2 Standard 4.


No comments:

Post a Comment