Wednesday, July 12, 2017

Bengkel Penataraan Matrik Bimbingan TCT 3.0


Pada 7hb Julai 2017, satu bengkel Penataraan Matrik Bimbingan Guru (TCT) 3.0 telah diadakan untuk semua SISC+ Negeri Sembilan.  Bengkel selama hampir 5 jam itu telah berlangsung di Auditorium, SJKT Ladang Bukit Bertam, Sendayan, Seremban.  

Bengkel ini juga turut menyelitkan satu sesi khas selama satu jam bersama Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

Disamping keperihatinan ke atas keperluan SISC+ untuk mendapatkan penerangan lebih mendalam tentang penggunaan borang TCT 3.0 ini, sedikit keperihatinan juga harus diberi kepada lokasi bengkel yang sangat jauh bagi sesetengah SISC+.  Mungkin boleh dipilih lokasi yang lebih sesuai dari segi jarak untuk semua contohnya boleh dijalankan di Kuala Pilah.  

Juga hari diadakan bengkel perlu diberi pertimbangan.  Lokasi yang jauh digabung pula dengan hari Jumaat, memang tidak memberi keselesaan untuk peserta lelaki yang datang dari jauh untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat, terutama yang ada keuzuran fizikal.

Penataraan TCT 3.0 ini adalah untuk kebaikan warga pendidik di Negeri Sembilan.  Seharusnya pemberatan yang sama harus diberi kepada SISC+.


No comments:

Post a Comment