Thursday, July 20, 2017

Yaassin Hari Guru 2017




Syawal tahun ini agak berbeza dari segi sambutannya di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.  salah satu daripada kelainan itu ialah, sambutan Hari Raya Aidil Fitri merangkap hari Guru telah di adakan di arean berhampiran Stadium Tampin.

Kelainan kedua yang dibuat pada tahun ini ialah, usai sahaja sambutan yang di adakan di arena, satu majlis bacaan Yassin telah diadakan pada 13hb Julai 2017.  Istimewanya majlis tersebut ialah ianya diadakan di Surau Taman Desa Permai, Repah, Tampin.  SISC+  PPD Tampin sendiri telah diwakil oleh Pn Hjh Norizah bt Alias yang memang tinggal di taman itu.

Keputusan untuk mengadakan majlis Yaasin di surau tersebut antaranya adalah kerana ramai warga pendidik di daerah Tampin ini tinggal di taman tersebut.  Selain daripada itu, imam surau Taman Desa Permai, Tn Hj Mohd Isa, juga merupakan  Pengetua SMK Bukit Rokan, salah sebuah sekolah menengah di Tampin


No comments:

Post a Comment